Senarai Dokumen Bagi Pinjaman Bank
Pada era kini, memiliki kereta adalah satu keperluan penting dalam kehidupan kita. Walau bagaimanapun, tidak semua orang mampu membeli kereta secara tunai. Itulah sebabnya loan kereta atau pinjaman kereta menjadi satu alternatif popular untuk membiayai pembelian kereta bagi rakyat Malaysia.
Penjamin Diperlukan Jika Pembeli Berumur kurang dari 24 tahun atau lebih 60 tahun, Baru Bekerja kurang 6 bulan, pekerjaan berisiko seperti pemandu, polis, tentera dan pengawal keselamatan, Pembeli Tiada rekod pinjaman, Bekerja di luar negara, Jika pembeli tiada lesen memandu dan jika pembeli memiliki pendapatan bersih kurang dari RM1800 sebulan.
Penjamin haruslah Suami / Isteri / Anak / Emak / Ayah kepada Pembeli. Adik beradik juga mungkin boleh jadi penjamin, namum mempunyai syarat-syarat tertentu untuk layak jadi penjamin kepada pembeli.
Jika ingin bertanyakan sebarang soalan boleh tekan sini
KAKITANGAN KERAJAAN
1. Salinan IC (Depan & Belakang)
2. Salinan Lesen (Depan & Belakang)
3. Payslip 3 Bulan Terkini
KAKITANGAN SWASTA
1. Salinan IC (Depan & Belakang)
2. Salinan Lesen (Depan & Belakang)
3. Payslip 3 Bulan. Kalau ada OT @ Elaun Sila Bagi 6 Bulan.
4. Bank Statment @ Penyata KWSP
PENIAGA
1. Salinan IC (Depan & Belakang)
2. Salinan Lesen (Depan & Belakang)
3. Salinan Pendaftaran Syarikat (SSM)
4. Bank Statment 6 BULAN.
SKIM GRADUAN (SEHARI BEKERJA LAYAK MEMOHON)
1. Salinan IC
2. Salinan Lesen
3. Salinan Skrol DEGREE @ DIPLOMA / TRANSCRIPT
4. Surat Tawaran Pekerjaan.
STUDENT / PELAJAR
1. Salinan IC
2. Salinan Lesen
3. Kad Pelajar
4. Dokumen Penjamin (Ibu/Bapa yg bekerja)
SDN BHD
1. Salinan IC Director
2. Form 9, Form 24, Form 44, Form 49
3. Bank Statment Syarikat 6 Bulan.